Pluralisme Agama
Pluralisme agama adalah fahaman yang
menyamakan semua agama. Fahaman ini lahir sebagai akibat daripada pengaruh
sekularisme dan proses sekularisasi masyarakat Barat yang beragama Kristian.
Mengikut fahaman ini, agama-agama besar dunia – Islam, Kristian, Yahudi,
Buddha, Hindu dan lain-lain terbahagi kepada dua struktur utama, luaran dan
dalaman. Agama agama ini menurut pandangan mereka hanya berbeza pada struktur
luarannya sahaja, manakala struktur dalamannya adalah sama, iaitu menuju pada
tuhan yang satu.
Pemikiran pluralisme agama mula muncul
pada zaman yang dikenali dengan Pencerahan (Enlightenment) Eropa, iaitu sekitar
abad ke 18 masihi. Ketika memasuki abad ke 20 seorang ahli teologi Kristian
Erntroeltsch melontarkan gagasan pluralisme agama yang mendukung fahaman yang mengatakan
di luar gereja juga ada keselamatan. Gagasan Troeltsch ini memperakui bahawa
dalam semua agama, termasuk Kristian selalu mengandungi elemen kebenarannya dan
tidak ada satu agama pun yang memiliki kebenaran mutlak.
Karl Rahner (1904 – 1984), seorang ahli
teologi Katolik terbesar abad ini telah mengenengahkan fahaman “Kristian
Anonim” bagi mengatasi fahaman sempit yang menjadi pegangan Gereja “extra
ecclessiam nulla salus” ( di luar gereja tidak ada keselamatan). Menurut
fahaman ini, di luar gereja ada ramai orang baik yang sama sekali tidak ada
kaitan dengan gereja, namun mereka tetap berada dalam liputan rahmat ilahi, dan
dengan demikian tanpa disedarinya – secara ‘anonym’ – merupakan orang
Kristian. Walaupun fahaman ini pada mulanya dikrititk oleh pelbagai pihak,
namun pada tahun 1965, Gereja Katholik dalam “vatican council II” telah
mengeluarkan deklarasi menyatakan bahawa mereka yang tidak dibabtis juga dapat
diselamatkan asal mereka hidup menurut suara hati mereka.
Sikap begini dipanggil “inklusif”
(inclusive). Manakala fahaman yang menganggap bahawa kebenaran hanya ada pada
agama sendiri di panggil “ekslusif” (exclusive). Gerakan pembaruan dan
kecenderungan beragama seperti ini juga merupakan tren dominan di benua India.
Salah satu gerakan pembaruan Hindu Moden ialah “Ramakrishna Mission”
yang diasaskan oleh Sawami Vivakananda pada penghujung abad ke 19. Gerakan ini
mengajarkan bahawa semua agama merupakan jalan-jalan yang berbeda menuju Tuhan
yang sama.
Adalah jelas daripada apa yang
dipaparkan di atas bahawa fahaman pluralisme agama yang dijaja oleh golongan
Liberal atas nama pembaharuan ini merupakan pengaruh agama Hindu dan Kristian
yang cuba diterapkan ke dalam masyarakat Islam. Nurcholis Madjid adalah antara
tokoh Islam Liberal yang turut menyebarkan faham ini di Indonesia.
Dalam buku “Tiga Agama Satu
Tuhan” beliau menyatakan :
“Sebagai
sebuah pandangan keagamaan pada dasarnya Islam bersifat inklusif dan
merentangkan tafsirannya ke arah yang semakin pluralis. Sebagai contoh,
filsafat perenial yang belakangan ini banyak dibicarakan dalam dialog
antara agama di Indonesia merentangkan pandangan pluralis dengan
mengatakan bahawa setiap agama sebenarnya merupakan ekspresi keimanan
terhadap Tuhan yang sama. Ibarat roda, pusat roda itu adalah Tuhan, dan
jari-jari itu adalah jalan dari berbagai agama. Falsafah parenial juga
membagi agama pada level esoterik (batin) dan eksoterik (lahir). Satu
agama
berbeda dengan agama lain dalam level eksoterik tetapi relatif sama dalam level
esoteriknya, oleh kerana itu, ada istilah “satu Tuhan Banyak Jalan”.
Apa yang diutarakan oleh Nurcholis
Madjid sebenarnya merupakan kopi daripada salah satu aliran fahaman pluralisme
agama yang berkembang di Barat, iaitu “Transcendent Unity of Religions (TUR).
Dan permisalan roda dan jari-jari yang beliau kemukakan bagi mengungkapkan
kesatuan agamaagama di peringkat ‘trensenden’ adalah kopi daripada permisalan
segi tiga yang dikemukakan oleh Huston Smith, salah seorang pendokong faham TUR
dengan versi yang sedikit berlainan seperti yang digambarkan dalam diagram ini
:
Asas agama Islam adalah akidah. Kerusakan
akidah akan membawa impact yang besar kepada bahagian agama yang lain seperti
penghancuran syariat, kerosakan akhlak, hilang rasa hormat dan ta’zim terhadap
perkaraperkara yang suci dalam Islam, seperti Al-Quran, Rasulullah S.A.W. dan sebagainya.
Kesan-kesan kerosakan di atas dapat dilihat dalam contoh berikut :-
a)
Mengubah Makna Kalimah Syahadah : Nurcholish
Madjid telah menterjemah kalimah syahadah dengan pengertian “Tidak ada tuhan
kecuali Tuhan” Terjemahan begini dibuat bagi menyesuaikan dengan
faham pluralismenya yang menganggap bahawa menyembah tuhan yang manapun adalah
benar dan boleh menjadi orang Islam. Oleh itu, nama Allah subhanahu Wata’ala
diganti dengan lafaz “Tuhan” yang bersifat umum.
b)
Allah Dewa Air : Ketika lawatan ke Saudi Arabia,
dalam sebuah diskusi dengan mahasiswa Indonesia di Madinah, Nurcholish Madjid
di tanya mengapa kalimah syahadah diterjemahkan dengan “Tiada tuhan kecuali
Tuhan”, beliau menjawab : “Sebab Allah itu adalah Dewa Air “.
Dalam sebuah wawancara dengan akbar
Pelita, Ketika menyentuh isu ini, beliau menjelaskan rujukannya ialah Dr.
Ismail Faruqi dalam bukunya “The Cultural Atlas of Islam “. Untuk membuktikan
bahawa apa yang disebut oleh Nurcholish itu satu bentuk pengeliruan dan pemalsuan,
diperturunkan berikut ini teks tulisan Dr. Ismail Faruqi dalam buku yang
disebutkan di halaman (65) : “South Arabian (Main, Saba’, and Qataban)
as well North Arabian (Lihyan, Thamud, and Safa) inscription give evidence the
a supreme deity called Al llah or Allah worshipped from time
immemorial. This deity watered the earth, made the crops grow, the cattle multiply,
and the springs and wells yield their life-giving waters”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar